Warna Pembungkusan Bubble wrap

 Terdapat pelbagai warna pembungkusan bubblewrap di pasaran. Antaranya ialah warna biru, kuning, hijau, pink, putih dan lain-lain. Ada pula peruncit yang telah mengkategorikan warna pembungkusan mengikut gred contohnya gred A warna pink , gred B warna biru , gred C warna hijau . Saya sendiri amat terkejut dengan gred yang diberikan dan menyebabkan ramai pengguna di luar sana telah keliru dan telah membuat andaian sendiri.

 Packaging Warna Biru

Untuk pengetahuan semua, bukan satu pemborong sahaja yang menghasilkan bubblewrap di Malaysia. Terdapat berpuluh-puluh pemborong serata Semenanjung dan semestinya terdapat pelbagai polisi yang digunakan.

Untuk makluman, warna pembungkusan adalah mengikut pemborong yang menghasilkan bubblewrap. Pelbagai jenis warna dibungkus untuk menentukan perbezaan dari segi kualiti samada Single Layer dan Double Layer sahaja. Seperti contoh, pemborong A melabel warna biru untuk packaging Single Layer 1meter x 100meter dan warna kuning untuk packaging Double Layer 1meter x 100meter. Pemborong B pula melabel warna pink untuk packaging Single Layer 1meter x 100meter dan warna hijau untuk packaging Double Layer 1meter x 100meter. Pemborong C dengan warna merah dan bermacam-macam lagi.

Bubblewrap Warna Hijau Cair

Adakah kualiti yang dijual sama? sudah tentulah tidak. Disinilah anda memainkan peranan sebagai pengguna untuk menentukan kualiti yang dibeli tapi jangan pula anggap seperti ini,
“saya telah membeli packaging kuning..bubble pecah dan lembik. Oleh itu saya tidak mahu kuning lagi. Saya mahukan warna lain.” – tidak-tidak, belum tentu pemborong lain yang membungkus warna kuning memberikan hasil yang sama.

Diharap dengan penerangan ini anda lebih jelas mengenai pembungkusan warna bubblewrap dan dapat membuang jauh-jauh idea yang telah lama ditanam mengikut gred. 🙂

-by Zuridan

Comments

Popular posts from this blog

Apakah itu Bublewrap

Kegunaan & Ketebalan Bubble wrap