Kegunaan & Ketebalan Bubble wrap

 Terdapat dua jenis ketebalan bubble wrap bergantung pada kegunaan yang terdapat di pasaran iaitu Single Layer (SL) dan Double Layer (DL). Untuk saiz yang dijual boleh semak di sini.

bubble wrap single double layer
bubble wrap layer

Semasa proses pindah rumah, pejabat, penyimpanan atau penghantaran barang, bubble wrap single layer sudah cukup untuk mengelakkan barang daripada rosak. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan dimana bubble wrap double layer perlu digunakan. Sangat penting untuk ketahui risiko dan bagaimana kerosakan boleh berlaku walaupun anda telah mengambil langkah-langkah pencegahan. Jadi bilakah bubble wrap double layer perlu digunakan?

Gunakan bubble wrap double layer jika anda mempunyai barangan yang berat. Hal ini kerana jika barang tersebut jatuh secara tidak sengaja, lapisan tambahan akan memastikan barangan tersebut selamat dan tidak rosak.

Bubble wrap double layer juga boleh digunakan jika anda mempunyai barangan yang mudah pecah seperti barangan perhiasan. Ini kerana tanpa balutan bubble wrap double layer barangan akan mudah pecah walaupun dengan hentakan yang sedikit.

Untuk barang-barang yang sangat panjang seperti perabot, bubble wrap double layer boleh menjadi idea yang baik. Hal ini kerana semakin besar permukaan, semakin besar risiko bubble wrap terkoyak.

Jadi sebelum anda membeli, fikirkan risiko diatas walaupun bubble wrap kami adalah yang paling kuat dan tahan lama.

-by Zuridan

Comments

Popular posts from this blog

Apakah itu Bublewrap

Warna Pembungkusan Bubble wrap